Terapi Mawar

|
Perubatan penyembuhan kaedah kesufian (At-Tibb Ar-Rauhi As-Sufi) adalah kaedah selain Thibbun Nabawi iaitu Petua Syeikh pada zaman dahulu. Antara huraiannya termasuklah kaedah pemakanan Rasulullah, puasa, solat, doa, zikir, roh bunga ros, nama-nama Allah dan Azimat.

Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu.bunga mawar mempunyai bau harum,biasanya mawar kampung (damask rose) mempunyai bau yang paling kuat.

Bau wangian aromatheraphy bunga ros ini membersih dan memperkukuhkan fizikal, mental dan penenang kesentrasi pada landskap alam kerohanian. Ianya boleh dijadikan sebagai minuman yang lazat dengan menitiskan setitik minyak bunga ros ke dalam segelen air, air ini disebatikan. Jika kita mengambil pula setitis air tersebut dan titik ke dalam segelen air yang lain ianya dapat dijadikan air yang memuaskan apabila diminum.

Di dalam Kitab Ilmu Perubatan Kesufian ada menyatakan bahawa Roh bunga mawar berasal daripada Roh Kenabian. Roh kenabian adalah roh yang pertama yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Setelah Allah jadikan Roh Kenabian, roh itu terlalu terang dan membakar sinarnya hingga Ia berpeluh dan dari peluh inilah Allah jadikan roh bunga Mawar. Inilah asalnya ilmu aromatheraphi (iaitu cara penyembuhan penyakit dengan menggunakan bau).

Jika kita mengkaji bunga itu sendiri, kita akan mendapati bunga itu tumbuh dan hidup terutama dengan adanya hubungan dengan sinaran matahari.

KELEBIHAN MAWAR ATAU ROS
• Mengekalkan tenaga positif dalam diri.
• Menjadikan fikiran dan perasaan kita lebih tenang.
• Lebih berkeyakinan tinggi dan lebih ceria.
• Mendapat keseimbangan dari segi fizikal, emosi, spiritual dan mental.
• Boleh meredakan stress dan mengurangkan beban emosi yang ditanggung.
• Awet muda
• Menstabilkan hormone
• Rawatan alternatif sebagai pembersih tenaga negatif.
• Meransang sistem saraf Lebih bertenaga

Penggunaan:
- Direnjis pada tubuh, wajah dan pakaian

- Dicampur dalam minuman

- Dicampur beberapa titis untuk rendaman kaki

- Direnjis pada bilik tidur, dan kawasan dalam rumah

- Di tambah dalam air mandian

- Salah satu bahan dalam masakan

- Alternatif kepada zafaran unuk menulis ayat quran di atas pinggan putih.

- Ubat sakit mata yang bengkak - Asah ketumbar dengan air mawar sapu pada mata yang bengkak itu.

- Kosmetik - Air Mawar digunakan dengan meluas untuk penjagaan kulit. Ia selamat dan cukup lembut untuk semua jenis kulit. Ia sangat baik untuk kulit kering, kulit yang berminyak dan bertindak sebagai anti-penuaan. Ini kerana Air Mawar mempunyai satu astringen ubat yang membantu mengurangkan kemerahan dari kapilari-kapilari.

- Perubatan - Bunga Mawar digunakan secara meluas dalam perubatan. Ini adalah kerana ia kaya dengan pelbagai jenis vitamin penting. Ia termasuk vitaminvitamin A, B3, C, D dan E Flavoinoids (antioksidan), tanins dan zink yang terkandung di dalam air mawar. Semua vitamin akan meningkatkan tekstur kulit secara menyeluruh dan kesihatan.

- Tujuan Keagamaan - Air Mawar biasa digunakan untuk membersihkan Kaabah, yakni Qiblat untuk Orang Muslim yang terletak di Mekah dengan menggabungkan air Zamzam dengan air mawar sebagai satu tambahan.

- Serbuk kelopak bunga ros yang dicampurkan dengan madu, adalah penawar paling mujarab untuk mulut radang, stomatitis (radang pada membran mukus mulut) dan paradontose. Campuran tersebut hendaklah disapukan pada gusi yang mengalami keradangan.

- Pening kepala, mabuk, lemah tenaga, sistem saraf yang lemah, mudah terganggu emosinya dan kemurungan boleh dirawat dengan menghidu bunga ros segar ataupun minyak ros.

- Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal.

MAWAR SEBAGAI PERUBATAN ALTERNATIF SIHIR
1. Kombinasi air zam-zam,zafaran,mawar dan bidara yang telah dibacakan ayat-ayat ruqyah syariyah oleh perawat boleh dijadikan medium menawarkan sihir sama ada untuk diminum atau dimandikan.

2. Cara penyediaan air mawar (tak perlu beli air mawar) ialah, rebuslah hingga mendidih air yang telah dicampur dengan bunga mawar.

Mawar bukan perubatan islam tetapi perubatan alternatif

Tukang sihir di Mesir, Syria dan India banyak menuliskan mantera-mantera mereka dengan air za’faran dan air bunga mawar, maka siapa yang menggunakan air bunga mawar maka terjatuh pada tasyabuh dengan mereka para tukang tenung dan sihir. Namun bukanlah menjadi kesalahan menggunakan mawar selagi tidak mencampur mantera syirik dan sihir. Kaedah penggunaan mawar dalam mengubati sihir adalah alternatif sebagaimana perawat islam yang memasukkan jin ke dalam botol sebagaimana yang telah dihuraikan pada artikel lepas klik di sini. Begitu juga tiada nas penggunaan paracetamol, ubat batuk (alkaloid) dan lain-lain ubat dadah kecuali Nabi saw bersabda:

Maksudnya: “Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.”(Hadis riwayat Muslim)

Tiada nas penggunaan mawar dalam islam, tidak seperti garam yang ada tercatat hadisnya:

عن علي قال : لدغت النبي صلى الله عليه وسلم عقرب وهو يصلي فلما فرغ قال لعن الله العقرب لا تدع مصليا ولا غيره ثم دعا بماء وملح وجعل يمسح عليها ويقرأ بقل يا أيها الكافرون وقل أعوذ برب الفلق وقل أعوذ برب الناس. (أخرجه الطبراني في المعجم الصغير: 2/23 وصححه الألباني في الصحيحة رقم: 548

Dari Ali, beliau berkata bahawa: Nabi pernah digigit oleh kalajengking pada saat sedang solat, maka tatkala beliau selesai, beliau bersabda: Semoga Allah melaknat kalajengking, ia tidak mendiamkan orang yang solat atau orang lain, lalu beliau meminta air dan garam lalu membasuhnya sambil membaca: Qul Yaa Ayyuhaal Kaafiruun, dan Qul A’uzu Birabbil Falaq, dan Qul A’uuzu Bi Rabbin Naas. (Dikeluarkan oleh At-Thabraniy dan A-Albani)
 
-Klinik Muallij

Hikmah berWuduk

|

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan 1 : Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan dosa lidah dan berkata perkara yang tidak sepatutnya.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan 2 : Ahli syurga wajahnya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini”.
Penjelasan 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini.”
Penjelasan  4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy -Mu”.
Penjelasan  5 : Panas di Padang Mahsyar tidak terkira ibarat matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan  6 : Seharian kadangkala kita terdengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. 

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan 7 : Ahli syurga akan melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan  8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan aturan mengambil wudhu’. Di dalam tertibnya, sebenarnya tersembunyi hikmah yang sama sekali tidak kita jangka. Maka, bersyukurlah dan sentiasalah mengerjakan solat dengan permulaan wudhu’ yang sempurna. 

Rujukan : islam@dunyahalal.com

An-Nisa',4:3

|

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap karunia

yang telah dilebihkan Allah kepada sebagian 

kamu atas sebagian yang lain. Karena bagi 

laki2 ada bagian dari apa yang mereka 

usahakan, dan bagi perempuan pun ada bagian

dari apa yang mereka usahakan. mohonlah

kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. 

Sungguh, Allah maha mengetahui segala

                                                 sesuatu,”

Ya Rahman...

|

No CouPle, Lets NikaH..

|



   p/s:Semoga amar makruf nahi mungkar prinsip kite semua.Insya   Allah...

Senyum pada 'Tempatnya'

|



Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang senyuman, yakni Nabi Ibrahim yang diberikan kelebihan mendengar dan memahami percakapan haiwan, yang tersenyum setelah mendengar dialog antara semut-semut. 
Firman Allah: 
"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh."
(  سورة النمل  , An-Naml, Chapter #27, Verse #19)

Jadilah hamba yang tersenyum, jadilah hamba yang bersyukur.
Sekian untuk hari ini.

Awk...sy suka n syg sgt kt awk, TAPI.......

|

saya suka tengok jari awek saya...cantik betul..
sungguh! sampai takut nak pegang...bukan takut
patah... tapi takut nanti jari kitorang tak boleh
tolong each other di satu hari yang giler forever
depan yang maha Esa...

saya suka tengok rambut awek saya...cantik
betol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung...
bukan sebab jeles orang lain tgk jugak.... tapi
sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia
sampai bila2... takut nanti terbakar dek api
neraka di suatu hari yang giler forever

saya suka tgk body awek saya...cantik betol...
sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong
supaya mase die dating dengan Kekasih die
Yang Utama dia lagi cantik dan berseri
menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala.
pheh syoknye...

saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan
rindu kat saya... saya pun macam tu jugak,ada
problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?
saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
semoga lebih cintakanNya dari saya...

saya sedih tengok awek saya selalu pesan
macam2 kat saya.. "makan, minum, drive elok2
tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla
bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn
asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun..
berdosanye saya....

Sedarlah sekalian...jgn trus leka d buai mimpi....!!

Mampukah Kita Bertahan...

|

Aku mungkin bukan langit harapanmu.
Aku juga bukan bintang, tempat kau gantung citamu.
Tapi, biarkan ku cuba menjadi bumi;
Sahabat untuk temani perjalanan hidupmu,

Jadikan aku kuburan dukamu.
Tumpahkan lara, kudengar hatimu.

Gapailah bintang asamu,
Kubahagia melihat senyum mu,

Kutahu lukamu;
Luka yg kau dapat; saat ini sedang kurasa
Betapa susah lupakan ye ?.
Nah, itu lah kesombongan cinta.

Sahabat, biarlah keindahan berteman keindahan,
Biarlah hari berlalu ; indah ataupun suram
Biarkan duka dan bahagia bermain bersama,
Biarlah siang dan malam menambah umur zaman.
Kerana kita tak kan tahu
Harapan dan kehendak Tuhan,
Keinginan dan keagungan-Nya

Sahabat, walau air mata tak dapat kubendung,
Sesaknya dada tak dapat kutahan,
Rusuhnya Jiwa tak bisa kusembunyikan.
Namun kusedar, ku tak kuasa,
Aku tak kan dapatkan,
Seluruh cinta dan sayang mu,
Seluruh hati dan jiwa mu.
Dan ku tak kan rampas kebahagiaan mu
Ku tak ingin orang merebut paksa dari mu.
Ku jaga, agar nanti dapat kau berikan dengan tulus
Kepada sang bintang, pujaan jiwamu.

Jadi,
Biarkan aku menjadi bumi; sahabatmu,
Kucukup bahagia untuk temanimu,
Walau dengan hati kecil yang hancur,
Walau dengan penantian yang tiada berujung.
Ku tak banyak berharap,
Bahkan kubiarkan jiwaku tanpa harapan.
Jangan kau pikirkan perihku sahabat,
Sebab kau telah tetapkan ingin mu,
Dan di antara sajak perih saat hati penuh luka membiru
Ku tak kan berdamai dengan hatiku.

Maka,
Pintaku, lalui jalan mu?
Jangan kau menoleh ke belakang,
Lalui harimu, temukan cintamu,
Walau ku masih harapkan kau,
Tapi ku telah berjanji untuk dustai hatiku,
Biarlah hati yang luka kutambah sayatannya.
Sampai rasa itu benar-benar pupus,
Itulah caraku ,
Kubunuh cintaku, kerna cinta.
Kubuang sayangku kerna sayang,
Kukubur rinduku, kerna rindu.

Aku berharap semua yang terlalui hanya mimpi,
Dan berharap dapat hidup dalam mimpi indahku.
Sayang, Tuhan tak kan ubah kenyataan.

Satu yg kusisakan dihati, Harapan untuk jadi bintang bagimu.
Suatu pagi, ketika sang surya terbit terakhir kalinya.; dan kau berikan segalanya, tulus untuk yang terakhir kalinya , sebelum semuanya terbenam, ditelan senja,

(Akankah ku mampu bertahan??)

5 Perkara Wajib di Segerakan

|

Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:


PERTAMA,
Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.


KEDUA,
Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.


KETIGA,
Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya.


KEEMPAT,
Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.


KELIMA,
Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

20 Fakta Menarik Tentang Islam

|

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.

1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti        “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi

11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
(Sumber : http://www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html)

14.  Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

15.  Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16.  Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

17.  Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

18.  Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19.  Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20.  Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

Makanan Sunnah

|

Ok, kajian kali ini ialah mendekati kepada kecintaan Nabi dan mendalami Al-Quran untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian.

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud).

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu? Pahala yang berlipat ganda dan Keberkatan.

ADAB MAKAN

1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan.

2. Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan.

3. Makan dengan menggunakan 3 jari.

4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

5. Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. A

6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi.

8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita lebih-lebih lagi yang dah berkahwin.

9. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

10. Menutupi makanan jika tidak makan

11. Tidak tidur selepas makan.

12. Jangan terlalu banyak jenis lauk/makanan

13. Makan dalam keadaan gembira bukan dalam kekecewaan dan kesedihan.

14. Jangan makan makanan/minuman yang terlalu panas (tapi orang kite kalau tak panas tak best)

15. Kunyah makanan hingga lumat (hadis sebut sampai 33, 70 dan 77 kali kunyahan)

16. Tidak makan daging setiap hari, tetapi berselang hari.

17. Makan ramai-ramai.

18. Cuci tangan sebelum dan selepas makan.

19. Dan yang terkahir sekali, Makan buah-buahan dahulu sebelum makan makanan utama. Terbalik la pula, kita makan buah last sekali, kononnya pencuci mulut.


8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan:


KISMIS,
KURMA MADU,
KURMA AJWAH,
MADU,
BUAH TIIN,
MINYAK ZAITUN,
ZA’FARAN,
HABBATUS SAUDA’,
KARAPS (BIJIRIN),
ZANJABIL (UBI TUMBUHAN),
KHARDAL (BIJIRIN),
BARLI/TALBINAH , (SYAEER),
LIMAU (UTRUJJ),
SUSU KAMBING,
ROTI (KHUBZ).

Selain itu juga Nabi makan daging kambing (bukan setiap hari)

Antara Makanan Yang disebut dalam al-quran

1. Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
”Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

2. Halia. Firman Allah (Q:76:17)
Maksudnya: “Dan mereka dalam syurga itu ,diberi minum sejenis minuman yang dicampurkanya dari halia.(zanjabil)

3. Tamar dan Ruthob (Kurma kering dan basah). Firman Allah:
Maksud: “Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan

4. Anggur. Allah Taala telah menyebut mengenai buah Anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya.

5. Madu Lebah. Firman Allah: (Q:16:68-69)

Maksudnya: “Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah “hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

6. Buah Tin. Allah berfirman :
“Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

7. Zaitun. Allah berfirman Surah An-Nur [Ayat 35]
“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya.

8. Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18,
Maksudnya : “.....mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”

9. Susu. Surah An Nahl : 66.
"Dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya."

10. Daging Burung: Al-Waqiah : 21
"Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan."

11. Susu Ibu [Al-Baqarah:233]
"Para ibu hendaklah menyusukan anaknya selama 2 tahun penuh"

12. Adas. Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61
"Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak sabar (tahan) dengan satu jenis makanan sahaja. sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, iaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya".

p/s: Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini (bawang putih) maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang 
//Klinik-Muallij

Senangkan lah Hatimu...

|

Kalau engkau Kaya, senangkanlah hatimu, karena di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan yang sulit sulit, Perbuatanmu di syukuri orang, engkau beroleh pujian dimana mana,engkau menjadi mulia, tegakmu teguh, dan jika….

Engkau Fakir Miskin, Senangkanlah pula hatimu, karena engkau  terlepas dari suatu penyakit jiwa,yaitu kesombongan yang selalu menimpa orang kaya, senangkanlah hatimu karena tak ada orang yang  akan hasad dan dengki padamu, karena kemiskinanmu. Kefakiran dan Kemiskinan adalah nikmat yaitu nikmat yang tiada jalan bagi orang lain untuk mengecilkan hati dan tidak ada pula pintu kebencian.

Kalau Engkau Dermawan, senangkanlah hatimu, karena dengan kedermawananmu engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang telanjang, kau tegakan orang yang hampir roboh,karena engkau telah menuruti hatimu, bahkan beratus ratus mahluk Tuhan akan sanggup menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu, sekiranya…. engkau….

Tak Kuasa menjadi Dermawan, senangkanlah hatimu, sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang menular, yaitu minta berbalas budi, mereka ambil kebaikan budi dan kedermawanan hanya untuk menjadi senjata sering menyebabkan hati menjadi patah dan lemah.

Kalau engkau masih muda, senangkanlah hatimu, karena pohon pengharapanmu masih subur, dahan dahanya masih rindang dan rimbun.mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan, dan…Kalau engkau sudah tua, Senangkanlah pula hatimu, karena engkau sudah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang bernama sekolah hidup, engkau sudah tau firasat, mengerti gerak gerik manusia,tau kemana jalan yang akan di tempuh.Setiap detik umurmu dimasa tua lebih mahal harganya daripada bertahun tahun di masa muda, sebab semua telah engkau lalui dengan pemandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.

Kalau engkau keturuanan orang berpangkat, senangkanlah hatimu sebab engkau telah beroleh kemenangan yang sulit sekali didapat orang lain,orang banyak percaya padamu, dan apabila engkau dari keturunan orang bawah senangkanlah hatimu pula,  karena engkau dapat menjadi pangkal kemuliaan anak cucumu, dapat menjadi bintang, bukan hanya menjadi ujung, hanya memikul nama orang lain.

Senangkanlah hatimu jikalau banyak sahabatmu, karena engkau tergambar pada setiap hati sahabat,lantaran banyak orang yang menghargai dan memperhatikan engkau. Dan jika musuhmu banyak, senangkanlah pula hatimu karena musuh musuh itu adalah anak tangga untuk mencapai kedudukan tinggi, banyak musuh adalah sebagai bukti akan sulitnya pekerjaanmu. —

Kalau badanmu sehat, senangkanlah hatimu karena tandanya telah nyata pada dirimu akan kekayaan Tuhan dan kemuliaan Nikmatnya, lantaran badan yang sehat memudahkan engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan,

Dan apabila engkau sakit, senangkanlah hatimu karena dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang di jadikan Tuhan yaitu Kesehatan dan Kesakitan, Kemenangan akan terjadi pada salah satu yang kuat, kesembuhan pasti datang setelah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia ataupun kesembuhan yang sejati.

Kalau engkau menjadi orang Pandai, senangkanlah hatimu, karena di dalam tubuh mu ada cahaya, tandanya Tuhan selalu melihatmu sehingga menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu. Dilihat NYA otakmu menjadi cerdas,suaramu menjadi sihir bagi orang lain. Kepandaianmu dapat membakar atau mendinginkan, dapat merendahkan dan juga meninggikan, dapat memuliakan dan juga dapat menghinakan, sehinga engkau dapat berkuasa dan berkata kepada alam, …Adalah”, Sehingga diapun….Ada”.dan jikalau engkau di lupakan orang, senangkanlah pula hatimu, karena tidak banyak mulut yang mencelamu, tidak ada orang yang dengki padamu, tidak ada orang yang menjatuhkanmu,dan mata tidak banyak yang memandangmu.

Kalau Sahabatmu Setia Padamu, senangkanlah hatimu, karena pertukaran siang dan malam telah menanugerahi engkau kekayaan yang paling kekal, dan apabila kawanmu kianat, senangkanlah hatimu, apabila kawanmu meninggalkanmu tandanya dia telah memberikan jalan lapang untukmu.

Kalau engkau di cintai dan mencintai orang, senangkanlah hatimu, tandanya hidupmu telah berharga, engkau menjadi anak bumi yang terpilih, Tuhan telah memperlihatkan belas Kasihan Nya kepadamu lantaran pengaduan hatimu sesamu.Satu perasaan dalam lindungan Tuhan, disanalah waktunya engkau mengetahui rahasia perjalanan Matahari, ketika fajar dan terbenamnya.

Dan apabila engkau mencintai namun cintamu tak berbalas, senangkanlah hatimu,bahwa sesungguhnya engkau akan mendapat cinta yang lebih tinggi derajatnya.Percayalah cinta itu pasti datang di hadapanmu, namun terkadang kita tidak sadar bila cinta itu berlalu di hadapanmu.
Merasa tenteramlah dan senangkanlah hatimu atas semua keadaan, karena pintu bahagia dan kententraman itu amat banyak dan tak terhitung, kesulitan dan perjalanan hidup kian menit kian baru.

Penghulu Segala Hari

|

Untuk Mereka yang Disayangi TAPI kini TIADA...

|

Glory be to Allah

|

Kasih Sayang

|
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma’af mema’afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema’afan
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

Beritahu pada Muslimah itu..

|
 Beritahu pada muslimah itu...dirinya ibarat kaca
disentuh terguris
dihantuk serpih
dihempap berkecai

Beritahu pada muslimah itu...
jaga tutur kata
cakap tinggi nanti dibenci
terlalu rendah dipijak pula
cakap sombong mengundang lawan
hati-hati meluah kata
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa

Beritahu pada muslimah itu...
jaga tingkah laku
harga diri letaknya di situ
jangan meluru ikut telunjuk hawa nafsu
sesekali tersilap langkah
akan dihukum selamanya
keturunan dicerca payah

Beritahu pada muslimah itu...
jaga pakaian
kerana cermin peribadi,juga lambang bangsa
dimana dan dalam keadaan macam manapun
biar orang kenal....dia orang ISLAM

Beritahu pada muslimah itu...
simpan secebis malu
kerana malu itu
sebahagian daripada iman....

ZERO to HERO

|

Selawat Syifa'

|

 اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَآئهَا

وَعَافِيَةِ الْأَبْدَانِ وَشِفَآئِهَا وَنُوْرِ الْأَبْصَارِ وَضِيَآئِهَا

وَعَلَى آلِهِ وَصحْبِهِ وَسَلِّمْ

Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”



Khasiat: Medium doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dibaca pada air atau ubat tradisional

Khasiat Selawat Syifa' ini, apabila dibaca tiap-tiap hari, maka :
1. Menyihatkan jasmani dan rohani.
2. Diberi keselamatan di dunia dan akhirat.
3. Hati menjadi terang benderang, dapat melihat mana yang hak dan mana yang salah.
4. Tubuh menjadi kuat, tidak mudah terkena pengaruh yang merosakkan.

-Klinik Muallij Islamiah-

Mutiara kata Sabar

|
Alhamdulillah, pagi ni ana berkesempatan menyampaikan beberapa mutiara kata setelah selesai Bacaan doa harian. Di sini ingin ana berkongsi bersama MUTIARA KATA SABAR yang di petik daripada Hadis dan tokoh islam.

"Sabar itu setengah daripada iman"-Maksud Hadis

"Apabila engkau susah, halangan itu mesti datang, dan engkau berdosa, tetapi jika engkau sabar, halangan itu mesti berkunjung dan engkau mendapat pahala"-Umar Al Khattab

"Kemenangan itu beserta sabar, kelapangan beserta kepayahan dan sesungguhnya, beserta kesusahan itu ada kesenangan"-Maksud Hadis

"Sabar terhadap teman yang menyakitkan, adalah lebih baik daripada mencacinya. Mencaci adalah lebih baik daripada memutuskan silaturrahim. Memutuskan silaturrahim pula adalah lebih baik daripada berkelahi"-Ulama

"Perhiasan fakir itu adalah sabar"-Ulama

"Bahawasanya Tuhan itu beserta dengan orang-orang yang sabar"-Ulama

Renungan Bersama

|

SELEMAH-LEMAH MANUSIA IALAH ORANG YANG TIDAK BOLEH MENCARI SAHABAT, DAN ORANG YANG LEBIH LEMAH DARIPADA ITU IALAH ORANG YANG MENSIA-SIAKAN SAHABAT YANG DICARI.....(SAIDINA ALI)

Di sini bermula..

|
"Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama", ramai yang maklum dengan pepatah tersebut. Tapi bagaimana pula kalau kita ubah pepatah tersebut menjadi,

“Walau langkah telah beribu batu, tetapi sampai masanya, kita perlu pulang kembali ke langkah yang pertama..”.

Pada saya pepatah di atas mempunyai 1001 makna yang tersirat, ia mengikut keadaan, jika kita jenis yang suka menghisab diri sendiri, maka mungkin ayat tersebut sesuai untuk kita fikirkan dan sesuaikan dengan diri kita. :)
Ia mungkin sedikit berfalsafah. Namun hakikatnya, siapa yang mahu berfikir, maka di situ dia akan temui makna yang begitu luas pada sambungan pepatah itu tadi.